Pilih bahasa anda

Language

Wall of Fame’ 2026 Iktiraf Alumni UMS dalam PDRM

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui anjuran Persatuan Alumni Seni UMS (ASUMS) telah menganjurkan Program Wall of Fame 2026 bagi meraikan alumni seni yang sedang berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan sigifikan terhadap peranan mereka dalam menjaga keamanan negara.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Dewan Resital UMS, baru-baru ini.

Menurut Jauteh, penganjuran program tersebut merupakan satu inisiatif penting dalam menghimpunkan alumni UMS yang kini berkhidmat dalam PDRM.

“Usaha UMS ini memberi gambaran jelas kepada pelajar bahawa ilmu yang dipelajari, khususnya dari ASTIF, boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang kerjaya.

“PDRM sentiasa terbuka menerima graduan daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang seni, sekali gus menunjukkan bahawa laluan kerjaya tidak terhad kepada bidang pengajian semata-mata,” ujar beliau.

Tambahnya, program itu juga menjadi galakan dan motivasi kepada pelajar bahawa bidang seni itu luas dan mampu membuka peluang dalam pelbagai sektor perkhidmatan awam.

“Hubungan ini penting supaya alumni dan pelajar dapat berinteraksi, berkongsi pengalaman serta membimbing generasi baharu dalam merancang masa depan mereka,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata program tersebut bukan sekadar majlis penghargaan, sebaliknya simbol pengiktirafan terhadap jasa dan kecemerlangan alumni kepada agama, bangsa, negara serta alma mater.

“Hubungan antara universiti dan alumni perlu terus diperkukuh kerana kedua-duanya saling melengkapi dalam memastikan kelangsungan kecemerlangan institusi.

“Pengiktirafan kepada alumni seni yang berkhidmat dalam PDRM membuktikan graduan bidang tersebut mampu menyumbang dalam pelbagai sektor termasuk keselamatan negara,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Raman Noordin.

Tambah Kasim, bidang seni merupakan disiplin yang luas dan dinamik, ia berupaya membentuk individu berfikiran kritis, berkemahiran serta mempunyai pemahaman mendalam terhadap masyarakat.

Program anjuran ASUMS tersebut turut menjadi wadah memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan alumni secara berterusan.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda