JEMPUTAN KE ALUMNI BACK TO CAMPUS: LUNCHEON TALK “Sharing Success, Giving Back”
Sukacita dimaklumkan bahawa program Alumni Back to Campus: Luncheon Talk akan menampilkan EUR Hong Wai Onn, alumni Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah tahun 2006 sebagai penceramah jemputan.
Bertemakan “Sharing Success, Giving Back”, program ini mengetengahkan perkongsian pengalaman alumni serta semangat menyumbang kembali kepada alma mater. Penceramah merupakan pemegang dua rekod Malaysia Book of Records.
Butiran program adalah seperti yang berikut:
📅 Tarikh: 9 September 2026 🕛 Masa: 12.00 tengah hari 📍 Tempat: Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah
Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut mengenai program dan latar belakang penceramah.