Select your language

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik
 
 
💡 AMALAN PENJIMATAN ELEKTRIK UMS 2026 💡
 
Tahukah anda? Tahun 2026, UMS komited untuk mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 3%, selaras dengan Pelan Strategik UMS 2023–2027 (KRA-9: Green Campus) dan agenda EcoCampus.
 
Matlamat inisiatif ini adalah untuk:
 
1. Tingkatkan kecekapan penggunaan tenaga.
2. ⁠Optimumkan kos utiliti tahunan universiti.
3. ⁠Kurangkan pelepasan karbon ke arah kampus rendah karbon.
 
Jadi, marilah kita sama-sama menjayakan sasaran ini dengan mengamalkan langkah mudah:
 
- Matikan lampu & penyaman udara bila tidak digunakan.
- ⁠Tutup suis komputer & peralatan elektrik sebelum tinggalkan pejabat.
- ⁠Gunakan pencahayaan semula jadi bila sesuai.
 
🌿 Ingat: kejayaan inisiatif ini bergantung pada komitmen dan disiplin semua warga UMS.
Setiap tindakan kecil memberi impak besar untuk kelestarian universiti.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen kelestarian EcoCampus UMS, boleh layari dan follow Facebook rasmi kami: https://www.facebook.com/share/187MHj3tfy/?mibextid=wwXIfr
 
Jimat elektrik bukan pilihan, tapi ia adalah tanggungjawab kita sebagai warga UMS 🤝🌏🌱
 
#SaveEnergy
#UMSSustainability
#EcoCampusUMS
#LeadingTowardsInnovativeSocieties

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Select your language