Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

Assalamualaikum/Salam sejahtera, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institute for Development Studies (IDS) Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) akan menganjurkan Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026 sebagai usaha untuk mengiktiraf, menghargai dan memartabatkan penulisan, penerbit dan penulis di Borneo.

3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMS/penulis  adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan  masing-masing mengikut kategori yang telah ditetapkan.

4. Maklumat lanjut berkaitan kategori pencalonan, syarat penyertaan serta tarikh tutup penyertaan boleh dirujuk melalui hebahan rasmi dan lampiran yang disertakan.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Sekretariat Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026, Puan Alecia Angati, di talian +6014-6777518 atau e-mel kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.

Kerjasama dan sokongan daripada semua warga UMS dalam menjayakan penganjuran ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda