Pilih bahasa anda

Language

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

📢 HEBAHAN: 2026 CALL FOR PROPOSALS – KUNMING BIODIVERSITY FUND (KBF)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kunming Biodiversity Fund (KBF) telah membuka 2026 Call for Proposals bagi menyokong projek-projek berkaitan pemuliharaan dan perlindungan biodiversiti serta pemulihan ekosistem.

Antara bidang tumpuan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1.    Pemulihan dan perlindungan ekosistem bagi meningkatkan biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem;

2.    Pengarusperdanaan biodiversiti dalam dasar, peraturan, perancangan dan strategi;

3.    Pengukuhan mobilisasi sumber bagi pemuliharaan biodiversiti; dan

4.    Perkongsian manfaat daripada sumber genetik dan digital sequence information.

Peruntukan geran:

·       Projek satu negara: sehingga US$500,000

·       Projek pelbagai negara: sehingga US$800,000

·       Tempoh projek: 12–24 bulan

Tarikh tutup permohonan:

·       Stage 1: 15 September 2026

·       Stage 2: 15 November 2026

Sehubungan itu, para penyelidik UMS yang mempunyai cadangan projek yang bersesuaian adalah dipelawa untuk mengambil maklum dan mempertimbangkan peluang pembiayaan ini.

Maklumat lanjut mengenai panggilan cadangan dan garis panduan permohonan boleh diperoleh melalui laman rasmi United Nations Environment Programme (UNEP):

https://www.unep.org/events/award/2026-call-proposals-kunming-biodiversity-fund

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan terhadap hebahan ini amatlah dihargai.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda