Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS), Universiti Malaysia Sabah menjemput seluruh warga UMS untuk menyertai Program Ceramah Integriti bertajuk "Bila Tiada Siapa Melihat" yang akan disampaikan oleh:
🎤 En. Darwis Manainus Bin Awang Kangit
Pengarah Bahagian Integriti, Universiti Malaysia Sabah
📅 Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.30 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Aras 1, FPKS & secara hibrid
💻 Penyertaan Secara Dalam Talian (Microsoft Teams):
✅ Kakitangan FPKS: WAJIB HADIR
✅ Terbuka kepada semua kakitangan UMS
_Marilah bersama-sama menghayati nilai integriti dan memperkukuh budaya kerja beretika, bukan hanya apabila diperhatikan, tetapi juga apabila tiada siapa yang melihat._
#fpksums #fpksshare #psikologi #kerjasosial #kaunseling


