Pengumuman Daripada: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
PANDUAN ETIKA PEMAKAIAN, KADAR BAYARAN MASUK & WAKTU OPERASI GIMNASIUM SSHPU
Dimaklumkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta orang awam mengenai peraturan etika pemakaian, kadar bayaran masuk, dan jadual operasi fasiliti gimnasium kami:
Etika Pemakaian Gimnasium (Gym Attire Policy):
(Tiada Pematuhan, Tiada Kemasukan / No Compliance, No Entry)
✅ Pakaian Yang Dibenarkan:
-
Pakaian Bahagian Atas: Menutupi bahagian dada, belakang, dan seluruh torso termasuk bahagian perut.
-
Pakaian Bahagian Bawah: Seluar atau seluar pendek yang menutupi bahagian punggung dan celah paha sepenuhnya pada setiap masa.
-
Kasut: Wajib memakai kasut sukan bertutup.
❌ Pakaian Yang Tidak Dibenarkan:
-
Dilarang memakai selipar, kasut formal, atau berkaki ayam di dalam gim.
-
Dilarang memakai pakaian yang terlalu terdedah, pendek, dan ketat.
-
Dilarang memakai seluar jeans, pakaian kasual harian, atau pakaian formal.
💵 Kadar Bayaran Masuk:
-
Pelajar UMS: RM4.00
-
Staf UMS: RM6.00
-
Awam: RM8.00
⏰ Waktu Operasi:
-
Isnin – Jumaat: 7:00 Pagi – 10:00 MalamSabtu, Ahad & Cuti Am: TUTUP
Kerjasama dan pematuhan anda amat dihargai demi keselesaan, kebersihan, dan keselamatan bersama.
Sekian, terima kasih.
Hubungi Kami:
Muhammad Ridauddin Safwan (013-5602602)
#GymnasiumSSHPU
#UMStheBrainofBorneo
#FPPSUMS


