Pengumuman Daripada:Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)
Susulan keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kualiti udara dan kesihatan, semua warga kerja adalah disarankan agar sentiasa berwaspada serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara.
Sehubungan itu, majikan dan pekerja hendaklah mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada jerebu di tempat kerja serta memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa diberi keutamaan.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan :
1. Memantau status kualiti udara melalui sumber rasmi,
2. Menilai risiko dan merancang aktiviti kerja berdasarkan keadaan kualiti udara,
3. Menggunakan kelengkapan pelindung diri (PPE) yang sesuai,
4. Menyediakan air minuman yang mencukupi serta tempoh rehat yang bersesuaian dan
5. Memberikan maklumat serta latihan berkaitan risiko jerebu kepada pekerja.
Pekerja juga hendaklah sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan diri dan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas, iritasi mata atau sakit kepala, khususnya jika gejala berterusan atau semakin serius.
Kerjasama antara majikan dan pekerja amat penting dalam memastikan langkah perlindungan dilaksanakan dengan berkesan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) telah menyediakan Garis Panduan bagi Perlindungan Pekerja terhadap Kesan daripada Jerebu di Tempat Kerja 2013 sebagai rujukan kepada majikan dan pekerja dalam mengurus risiko kesihatan akibat jerebu di tempat kerja.