Sukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Kumpulan Penggerak Inovasi (KKPI) UMS Tahun 2026 akan diadakan pada 11–12 November 2026.
Sehubungan itu, semua kumpulan yang berminat dijemput untuk menyertai konvensyen ini dan mengetengahkan projek serta idea inovasi masing-masing.
📌 Tarikh-tarikh Penting • Pendaftaran: 1–30 September 2026 • Penghantaran dokumen: Selewat-lewatnya 28 Oktober 2026 • Konvensyen KKPI UMS 2026: 11–12 November 2026
🏆 Kategori yang Dipertandingkan Empat (4) kategori dipertandingkan dalam KKPI mengikut jenis dan pendekatan projek inovasi yang dibangunkan.
Maklumat lanjut berkaitan kategori pertandingan, syarat penyertaan dan panduan penyediaan dokumentasi projek adalah seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan KKPI UMS Tahun 2026.
Jom sertai KKPI UMS 2026 dan tampilkan idea serta inovasi terbaik anda!