Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr. / YBrs. Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,
HEBAHAN PELUANG KERJA SAMBILAN PELAJAR MySISWA@JoC DI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN (BPG), JABATAN PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG), Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini membuka permohonan Program MySISWA@JoC (Job on Campus) bagi pengambilan pelajar untuk menjalankan kerja sambilan mengikut penempatan di Pejabat Pendaftar, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, serta Seksyen Governan dan Strategik.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBhg. Prof. Dr. / YBrs. Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan dapat membantu menghebahkan peluang ini kepada pelajar yang berkelayakan di fakulti / institut / pusat masing-masing.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan borang berikut:
Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2026 .
Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Prof. Dr. / Datuk/ YBrs. Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.


