Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

HEBAHAN PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA (CENTRALISED)
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS melalui kontraktor yang dilantik akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara berpusat (centralized aircond system) di Bangunan Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS).
🗓 Tarikh: 29 September 2026 hingga 12 Oktober 2026
🕘 Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
📍 Tempat: Bangunan FPKS
🕘 Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
📍 Tempat: Bangunan FPKS
Kerja penyelenggaraan ini melibatkan semua ruang, bilik kuliah, pejabat dan bilik yang mempunyai termostat (laras suhu). Sehubungan dengan itu, seluruh warga FPKS dimohon memberikan kerjasama yang sewajarnya sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Segala kesulitan yang mungkin timbul amat dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih atas kerjasama serta perhatian semua pihak.
Bahagian Pentadbiran
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial
Universiti Malaysia Sabah
#FPKSUMS #UMS #NotisPemakluman #PenyelenggaraanAircond #WargaFPKS #MalaysiaMADANI #UMSBorneoBeginsHere


