Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Klik Untuk Maklumat Lanjut
- Surat Hebahan Pembukaan Permohonan Projek "Public-Private Research Network 2.0" Fasa 3 Bagi Tahun 2026
- Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam - Swasta 2.0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 (PPRN 2.0) FASA 3 BAGI TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN 2.0) bagi Fasa 3/2026. Maklumat pembukaan permohonan adalah seperti berikut:
|
Takwim Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 3 Tahun 2026
|
|
|
Tarikh Pembukaan Permohonan
|
01 Julai 2026 (Rabu)
|
|
Tarikh Tutup Permohonan
|
16 Ogos 2026 (Ahad)
|
3. Susulan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon jasa baik dan kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua penyelidik F/A/P/I masing-masing. Permohonan projek adalah menerusi sistem ePPRN yang boleh diakses melalui pautan https://epprn.mohe.gov.my/.
4. Sehubungan itu, dilampirkan adalah Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public-Private Research Network – PPRN) 2.0 (Bilangan 1 Tahun 2025) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat PPRN melalui e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


