Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar
IKLAN JAWATAN
JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
SESI 2026/ 2027
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi Kursus Kokurikulum Berkredit yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut:
· Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan (2 atau 3 jam kredit)
· Komponen Kebudayaan dan Kesenian (2 atau 3 jam kredit)
· Komponen Sukan, Rekreasi Dan Wajadiri (2 atau 3 jam kredit)
· Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi (2 atau 3 jam kredit)
Lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut:
· BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
· LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
· SDK: Kampus Sandakan
Untuk permohonan jawatan Jurulatih/Demonstrator Sambilan Kursus Kokurikulum Berkredit, sila masuk ke pautan yang disediakan seperti berikut: https://sites.google.com/ums.edu.my/e-aplikasi-umspkpp/e-perjawatan
TARIKH TUTUP: 2 OGOS 2026 (AHAD) (SEBELUM JAM 12.00 TENGAH MALAM)


