Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

 
📢 PELUANG KERJAYA DI FSSK, UMS!
 
KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK – FELO UMSDF9

📍 Program Komunikasi (UH6321001 PERHUBUNGAN AWAM DAN KEWARTAWANAN)
🏛️ Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah
 
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Felo UMSDF9 bagi Program Komunikasi secara lantikan kontrak.
 
🎓 Kelayakan Lantikan
• Memiliki Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan.
• Mempunyai pencapaian akademik yang baik dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 bagi kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
• Bidang pengkhususan hendaklah relevan dan bersesuaian dengan keperluan bidang yang ditawarkan.
• Memperoleh kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi.
 
💰 Gaji Pukal: RM4,000.00
 
📅 Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2026
 
📧 Cara Memohon:
Pemohon hendaklah mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik kepada Pejabat Pentadbiran FSSK melalui e-mel:
Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda