Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari

HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PUSAT MINDA LESTARI (PML), UMS KOTA KINABALU BAGI TAHUN 2026
Salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa warganegara yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari, UMS Kota Kinabalu bagi tahun 2026.
02. Tarikh permohonan dibuka bermula pada 01 Oktober 2026 sehingga 16 Oktober 2026. Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam poster iklan yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600 (PML Kota Kinabalu).
Sekian


