Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah ingin mempelawa usahawan yang berminat dan berkelayakan untuk menyewa tapak dobi berpusat di Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) dan Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF). Borang Spesifikasi boleh didapati di Pejabat PNRF di aras satu (1), Bangunan Anjung Siswa, UMS.
Dilampirkan juga sesalinan poster iklan tapak dobi tersebut untuk rujukan tuan/puan.
Sekian dan terima kasih.


