Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi HUMS

Salam sejahtera YBhg. Prof / Dr / Tuan / Puan,
Dikongsikan infografik daripada Jabatan Farmasi HUMS berkenaan langkah-langkah mengelakkan kerintangan antibiotik (antibiotic resistance) untuk perhatian dan panduan kita bersama. Isu kerintangan antibiotik merupakan ancaman global yang serius. Sebagai profesional kesihatan, kita memainkan peranan penting dalam mendidik pesakit dan orang awam.
Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada semua dalam penggunaan ubat antibiotik secara berhemah.
💊 Antibiotik adalah sumber berharga – gunakan dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan keberkesanannya untuk generasi akan datang 💊
#PusatMaklumatUbatHUMS
#DrugInformationService-DISHUMS
#JabatanFarmasiHUMS


