Pengumuman Daripada: Jabatan Farmasi HUMS

📢 INFOGRAFIK JABATAN FARMASI HUMS 09/2026: AWAS! UBAT-UBATAN LASA (LOOK-ALIKE, SOUND-ALIKE) ⚠️👁️
Salam sejahtera YBhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan, 👋
Dikongsikan infografik daripada Jabatan Farmasi HUMS yang memaparkan risiko keselamatan ubat LASA (Look-Alike, Sound-Alike) bagi 4 jenis ubat titis mata seperti yang berikut:
🔴 1% CYCLOGYL™
🔴 1% MYDRIACYL™
🔴 2.5% MYDFRIN™
🔴 ATROPINE SULFATE 1%
Preskriber dan kakitangan klinikal HUMS diminta untuk berhati-hati semasa mempreskripsi atau memberikan ubat tersebut kepada pesakit dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesilapan pengubatan seperti yang berikut:
1️⃣ Baca Nama Generik dengan Teliti (Bandingkan bahan aktif).
2️⃣ Periksa Kekuatan & Isipadu (Volume).
3️⃣ Asingkan Tempat Penyimpanan (Jangan letak bersebelahan di atas rak).
4️⃣ Gunakan Pelekat LASA (Tampal pelekat amaran LASA pada bekas atau rak simpanan ubat).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat diaplikasikan dalam amalan klinikal harian demi meningkatkan keselamatan serta kualiti penjagaan pesakit kita. 🏥✨
#PusatMaklumatUbatHUMS
#DrugInformationService_DISHUMS
#JabatanFarmasiHUMS
#LASAMedicationSafety
#PatientSafety


