Pilih bahasa anda

Language

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik (PPS)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Pusat Strategi@UMS dengan sukacitanya menjemput warga UMS untuk menghadiri Klinik Kendalian Pengurusan Jalinan Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar bagi tahun 2026. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan dalam menguruskan kerjasama strategik antara UMS dan agensi luar melalui sesi penerangan, perkongsian cabaran serta tatacara permohonan yang betul.

 

Maklumat Program:

Siri 1: 18 Mac 2026 (Rabu)

Siri 2: 17 Jun 2026 (Rabu)

Siri 3: 22 September 2026 (Selasa)

 

Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Bilik Pembangunan Bakat 2, Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori, UMS

 

Penceramah:

Prof. Madya ChM. Ts. Dr. Mohd Sani Sarjadi

Timbalan Pengarah Risiko dan Global Strategik

 

Antara pengisian sesi termasuk:

 

·       Pengenalan Garis Panduan Pengurusan Jalinan Kerjasama Universiti

·       Tatacara Pengurusan Permohonan Jalinan Kerjasama Agensi Luar

·       Penerangan proses penilaian permohonan

·       Sesi perbincangan dan penyelesaian isu berkaitan kerjasama luar

 

Nota: Sila bawa komputer riba untuk sesi praktikal.

 

Sehubungan itu, semua yang terlibat dalam pengurusan kerjasama strategik adalah amat digalakkan untuk menyertai sesi ini.

 

Sekian, terima kasih.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda