Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

YBhg. Datuk/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT TATACARA PENYALINAN DESKRIPSI TUGAS (JD) DAN MYPORTFOLIO (MyP) KAKITANGAN PENTADBIRAN DALAM SISTEM HRMIS2.0
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar menjemput semua semua kakitangan Pentadbiran lantikan Tetap Universiti Malaysia Sabah untuk menghadiri taklimat seperti dinyatakan di atas mengikut ketetapan berikut:
📆 30 September 2026 (Rabu)
⏰ 9.30 pagi
🖥️ Google Meet
3. Sekiranya menghadapi masalah akses Sistem HRMIS2.0, boleh rujuk Pautan Infografik Panduan Set Semula Kata Laluan HRMIS https://tinyurl.com/2tcuuh7j
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dr./Tuan/Puan dalam memastikan kelancaran proses peralihan rekod dokumentasi ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.


