Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Masih ingatkah anda kepada Sesi Perkongsian Ilmu Integriti Kewangan: Tadbir Urus Kewangan Berkesan, Kunci Kejayaan Organisasi yang menampilkan Juara Anugerah Pengurusan Kewangan (APK) Tahun 2024 yang telah diadakan pada tahun 2025?
Atas sambutan yang sangat menggalakkan pada sesi yang lalu, Sesi Perkongsian Ilmu Integriti Kewangan Siri 2, kembali dengan bertemakan “Integriti Kewangan, Kecemerlangan Organisasi” dengan menampilkan, Juara Anugerah Pengurusan Kewangan (APK) Tahun 2025 dan Naib Juara APK 2025.
Sesi perkongsian yang pastinya menarik untuk kita mendengar dua (2) perspektif, pengalaman dan pendekatan yang berbeza dalam pengurusan dan tadbir urus kewangan berintegriti.
Objektif Sesi: Perkongsian tadbir urus kewangan yang sistematik yang boleh dijadikan panduan/benchmark kepada semua PTJ UMS dalam memperkasakan kualiti tadbir urus kewangan ke arah urus kelola kewangan yang berintegriti.
Sehubungan dengan itu, Sektor Pemantauan dan Pematuhan, Jabatan Bendahari berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri Sesi Perkongsian Ilmu Integriti Kewangan (Siri 2): Integriti Kewangan, Kecemerlangan Organisasi yang akan diadakan pada ketetapan berikut;
📆 Tarikh : 28 September 2026 (Isnin)
🕝 Masa : 9.00 pagi
🛰️ Tempat : Secara Atas Talian (MS Teams)
🔗 Pautan Sesi Perkongsian:
❓Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/6017-8659618 (Puan Pan Hoyae Ling)
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


