Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

 

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan yang dihormati,
 
Merujuk kepada surat permohonan daripada Hospital Queen Elizabeth (Ruj. Kami: (48) HQE.600-12/1/1 Jilid 5 bertarikh 2 Oktober 2026), dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Abd Kahar bin Abd Asis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth, sedang menjalankan satu kajian bertajuk:
 
“PERSEPSI WARGA KERJA TERHADAP BUDAYA KERJA DAN PRESTASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI SABAH”
 
Tujuan Kajian:
 
Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi warga kerja terhadap budaya kerja di agensi serta hubungannya dengan prestasi dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang awam. Dapatan kajian ini dijangka membantu pihak pengurusan mengenal pasti aspek budaya kerja yang memerlukan penambahbaikan serta merangka pelan tindakan yang bersesuaian.
 
Kriteria Responden:
  • Terbuka kepada semua warga kerja tetap dan kontrak.
  • Telah berkhidmat di jabatan/agensi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Maklumat Soal Selidik:
  • Kaedah: Secara dalam talian melalui Google Forms.
  • Tempoh: Mengambil masa kira-kira 30 minit.
  • Kerahsiaan: Borang soal selidik ini adalah TANPA NAMA (tidak memerlukan nama atau nombor pekerja). Penyertaan adalah secara sukarela dan semua data akan dilaporkan secara agregat serta disimpan dengan selamat untuk tujuan kajian sahaja.
Pautan Soal Selidik:
Sila klik pada pautan di bawah untuk menjawab soal selidik:
 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kajian ini boleh diajukan terus kepada pihak urus setia kajian di talian 088-517507 atau melalui e-mel ke Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam meluangkan masa mengisi soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda