Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu (PBAKK) 2026, Penerbit UMS dengan sukacitanya menjemput warga akademik, pelajar dan orang awam untuk menyertai Bengkel Penulisan Karya Popular yang akan disampaikan oleh Tuan Hafiz Latiff, Presiden Persatuan Booktube Malaysia mengikut ketetapan yang berikut:
Tarikh: 23 September 2026 (Rabu)
Masa: 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Mataking, Aras 2, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Penceramah: Tuan Hafiz Latiff, Presiden Persatuan Booktube Malaysia
Apa yang bakal anda peroleh selepas mengikuti bengkel ini?
✔️ Teknik mengadaptasi tesis kepada buku yang boleh diterbitkan
✔️ Struktur penulisan manuskrip penerbitan
✔️ Kaedah penyuntingan dan pemurnian kandungan akademik
✔️ Strategi penerbitan bersama penerbit
✔️ ⭐ Bonus: Peluang penerbitan karya bersama Penerbit UMS
Borang pendaftaran: https://tinyurl.com/bengkelpenulisankaryapopular
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Lindsy: 012 - 820 7478
Puan Veron: 014-558 6647
Puan Alecia: 014-677 7518
Cik Adhwa: 018-874 0721


