Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan

 

 

YBrs. Prof. /Prof. Madya/ Dr.,

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL SYSTEMATIC LITERATURE REVIEW (SLR) 1/2026

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.                   Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Bengkel Systematic Literature Review (SLR) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran penyelidikan serta pemantapan penulisan akademik dalam kalangan pensyarah, penyelidik, guru dan pelajar pascasiswazah.

3.                   Sehubungan itu, pihak fakulti akademik amat berbesar hati menjemput semua kakitangan akademik/pensyarah untuk menyertai program tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh       : 13 & 14 Jun 2026 (Sabtu dan Ahad)

Masa         : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat     : Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah

4.          Bengkel ini akan memberikan pendedahan berkaitan konsep dan pelaksanaan Systematic Literature Review (SLR), termasuk kaedah pencarian artikel, proses saringan, analisis dapatan kajian serta penulisan laporan SLR secara sistematik dan berkualiti. Program ini diharapkan dapat membantu peserta memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran dalam penyelidikan akademik.

 

5.          Bersama-sama surat ini dilampirkan poster hebahan rujuk lampiran A serta pautan pendaftaran untuk makluman dan tindakan pihak YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr., https://forms.gle/QQYCjLwNjr4ihbd89 .Pihak fakulti amat mengalu-alukan penyertaan warga institusi YBrs. Prof. Madya Dr bagi memanfaatkan peluang jaringan akademik serta memperkukuhkan kolaborasi antara institusi.

 

6.          Sebarang pertanyaan berkaitan program ini boleh diajukan kepada Prof. Dr. Sabariah binti Sharif (Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya. /013-8682425) atau Prof. Madya Dr. Soon Singh al Bikar Singh (Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya. / 010-8100995).

 

Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBrs. Prof. /Prof. Madya/ Dr. amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda