Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

JEMPUTAN MENYERTAI INNOVATION PITCH AND BUSINESS MATCHING 2026 (IPBM 2026)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (CIC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan Innovation Pitch and Business Matching 2026 (IPBM 2026) pada 1 September 2026 bertempat di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Pulau Pinang, bersempena dengan Global Trends in Engineering, Science & Technology Congress (GTEST) 2026.
✨ Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga UMS, khususnya para pensyarah yang mempunyai produk, teknologi atau inovasi yang berpotensi untuk diketengahkan kepada pihak industri dan pelabur.
📝 Pendaftaran boleh dibuat melalui sistem ECM::
🔗 https://shorturl.at/CZjnl
📅 Tarikh tutup pendaftaran: 18 Ogos 2026
Untuk makluman, permohonan penyertaan boleh dipertimbangkan untuk pembiayaan secara separa, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan pihak PPIP.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
☎️ En. Mohd. Aiddy Suffian Abd Rashid
013-581 0910 | Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
☎️ Cik Janealee Jonis
0113-147 0940 | Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.


