Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan serta para pelajar yang dihormati,
Seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS), merangkumi staf dan pelajar, dijemput menyertai Penilaian Kesedaran Kelestarian melalui platform Strategi@UMS.
Penilaian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, nilai dan amalan kelestarian warga UMS, meliputi pemikiran sistem, kesedaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), nilai dan etika, penglibatan komuniti serta amalan lestari.
Panduan penyertaan:
-
Log masuk menggunakan akaun Microsoft.
-
Pada menu sebelah kiri, pilih “Sustainability Awareness”.
-
Di bawah “Participate”, klik “Available Surveys”.
-
Klik “Start Test”.
-
Lengkapkan penilaian dan hantar jawapan anda.
Penyertaan anda akan menyokong usaha UMS memperkukuh agenda kelestarian dan sumbangan universiti terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), selaras dengan aspirasi penarafan THE Impact.
Marilah bersama-sama membudayakan kelestarian untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar!
Terima kasih atas kerjasama dan penyertaan semua.


