Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Universitas Hasanuddin (UNHAS), Indonesia akan menganjurkan program UMS SULAM International Showcase and Symposium 2026. Program ini bertujuan untuk menyediakan satu platform antarabangsa bagi membentangkan dan mempamerkan projek berimpak tinggi berkaitan dengan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM), Pembelajaran Berkhidmat (Service Learning), Kuliah Kerja Nyata (KKN), Pengabdian kepada Masyarakat, atau Projek Libat Urus Komuniti.
Penyertaan ini terbuka kepada kategori Sains dan Sains Sosial, sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Antara kelebihan dan manfaat penyertaan program ini adalah seperti yang berikut:
- Mempamerkan hasil projek kepada khalayak antarabangsa.
- Penerbitan karya dan projek di dalam e-prosiding rasmi.
- Peluang memenangi Anugerah Projek Terbaik (Best Project Award).
- Setiap penyertaan akan menerima pingat dan e-Sijil.
Berikut merupakan ketetapan dan butiran penting berhubung dengan program tersebut:
|
Perkara
|
Butiran
|
|
Tarikh Program
|
5 Oktober 2026
|
|
Kaedah Pelaksanaan
|
Secara dalam talian sepenuhnya
|
|
Tarikh Tutup Pendaftaran
|
10 September 2026
|
|
Yuran Penyertaan
|
RM150.00 (Tempatan) / USD 40.00 (Antarabangsa)
|
Pendaftaran dan maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh diakses melalui pautan https://gamma.app/docs/U-M-SULAM-lx34ruu94qpnsen atau dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi .
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urus setia program:
Puan Ramlah Daud di talian 013-830 2967
Dr. Amer Azlan Abdul Jamal di talian 019-6051076
Prof. Madya Dr. Jalihah Md Shah ditalian 016-818 4385.
Sekian.


