Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) akan menganjurkan Jerayawara PPP 2026 sepanjang bulan Ramadan. Program ini akan melibatkan kehadiran dan penyertaan pihak pengurusan fakulti masing-masing termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah, Dekan, Timbalan Dekan serta semua pensyarah FAPI.
Tujuan Jerayawara PPP 2026 adalah untuk memberi penerangan, perkongsian maklumat serta sesi libat urus bersama warga fakulti berkaitan inisiatif, perkhidmatan, peluang geran penyelidikan, tadbir urus serta hala tuju strategik PPP. Program ini juga bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara PPP dan fakulti di samping memastikan semua pensyarah mendapat maklumat terkini secara terus daripada pihak pengurusan.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.


