Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik
JOM BERSAMA KAMI
MEMPERKUKUH JARINGAN AKADEMIK GLOBAL!
PELAWAAN PENCALONAN
PENSYARAH PELAWAT ANTARABANGSA UMS
(International Visiting Lecturers)
Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk menjadi universiti bertaraf dunia. Melalui kolaborasi bersama pakar akademik antarabangsa, UMS berhasrat melonjakkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi ke tahap yang lebih tinggi.
KELEBIHAN KEPADA FAKULTI / INSTITUT / PUSAT
- Memperluas jaringan akademik dan penyelidikan antarabangsa
- Meningkatkan penerbitan bersama, peluang geran antarabangsa dan mobiliti akademik
- Memperkukuh reputasi dan keterlihatan fakulti serta universiti di peringkat global
- Perkongsian kepakaran, pembangunan kurikulum dan pembangunan bakat
CALON YANG DICADANGKAN HENDAKLAH:
- Mempunyai reputasi akademik dan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
- Berpotensi untuk kolaborasi dalam penyelidikan, penerbitan, inovasi, mobiliti akademik atau pembangunan bakat
- Mampu menyumbang kepada pencapaian KPI universiti dan pengukuhan jaringan akademik global
- Mempunyai nilai strategik yang menyokong agenda kecemerlangan fakulti dan universiti
BAGAIMANA UNTUK MENCALON?
Kenal pasti dan calonkan pakar akademik antarabangsa melalui sistem ConnectUMS:
🔗 https://strategi.ums.edu.my/connect/login
✅ Pencalonan dibuka sepanjang tahun
✅ Digalakkan mengemukakan pencalonan lebih awal bagi tujuan perancangan aktiviti tahun berikutnya
DANA STRATEGIK
💰 RM500.00 bagi setiap permohonan yang diluluskan
Dana permulaan (seed funding) ini disediakan bagi menyokong aktiviti bersama Pensyarah Pelawat Antarabangsa, tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh PPS.
CONTOH AKTIVITI YANG BOLEH DISOKONG
- Syarahan jemputan / kuliah umum
- Webinar antarabangsa
- Sesi kolaborasi akademik / penyelidikan
- Mobiliti akademik / lawatan akademik
- Penerbitan bersama / pembangunan kurikulum
- Aktiviti lain yang memberi impak kepada agenda pengantarabangsaan UMS
OUTCOME YANG DIHARAPKAN
- Jaringan akademik strategik yang berterusan
- Penerbitan dan penyelidikan berimpak tinggi
- Peningkatan reputasi akademik (AR), keterlihatan dan penarafan global UMS
- Sokongan kepada pencapaian KPI universiti dalam aspek pengantarabangsaan
PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
Dr. Tan Soo Fun
📞 016-797 6380
✉️
Cik Nur Syazwani
📞 011-1010 9301
✉️
📱 Imbas Kod QR
Untuk ke laman web ConnectUMS



