Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

🌿 JOM SIHAT UMS
Fizikal Cergas, Minda Sejahtera!
Ayuh warga UMS, manfaatkan kemudahan pelepasan untuk bersukan dan beriadah bersama!
📅 Setiap Rabu
🕓 Mulai jam 4.00 petang
📍 Di dalam kampus
Semua kakitangan akademik dan pentadbiran digalakkan menyertai aktiviti riadah secara konsisten. Ketua Jabatan hendaklah memberikan pelepasan serta menjadualkan mesyuarat dan aktiviti rasmi bukan riadah pada waktu lain agar waktu Jom Sihat terpelihara.
BPSM menyokong usaha KPT memperkukuh kesejahteraan warga, dengan memberikan perhatian kepada kesihatan fizikal dan kesejahteraan minda.
💚 Luangkan masa untuk bergerak, beriadah dan menjaga diri. Jom sihat bersama!
Tertakluk kepada Pekeliling Pendaftar Bil. 1/2019 dan tidak termasuk cuti umum. Petugas barisan hadapan hendaklah kekal di pejabat sehingga tamat waktu operasi.
#JomSihatUMS
#FizikalCergasMindaSejahtera
#BPSMUMS
#UMSTHEBRAINOFBORNEO


