Pilih bahasa anda

Language

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

HEBAHAN KAJI SELIDIK PELAKSANAAN HARI BEKERJA HIBRID (HBH) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melaksanakan kajian berhubung pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) di KPT serta Jabatan/Agensi di bawah KPT. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon sokongan dan jasa baik YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk meluangkan masa bagi menjawab kaji selidik ini.

 

3.    Kaji selidik ini boleh diakses melalui pautan di bawah dan hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 21 September 2026 (Isnin) bagi membolehkan maklum balas dikumpulkan dan dianalisis untuk tujuan penambahbaikan pelaksanaan HBH.

 

Pautan Kaji Selidik: https://forms.gle/fFeoqQo2PZW7Dn117

 

4.    Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini,  YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan  boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 

Puan Nik Yusana binti Tuan Soh

Ketua Penolong Setiausaha Kanan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Seksyen Perkhidmatan

Tel: 03-88705253

E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Puan Munirah binti Mohd Yusri

Penolong Setiausaha Kanan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Seksyen Perkhidmatan

Tel: 03-88705259

E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

 

5.    Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda