Pengumuman Daripada: Kolej Kediaman 1Borneo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Kediaman 1Borneo, Universiti Malaysia Sabah sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tujuan meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan jabatan.
Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan dengan mengimbas kod QR yang tertera.
Segala maklum balas yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih kerana berurusan dengan Kolej Kediaman 1Borneo.


