Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pusat Pengurusan Penyelidikan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan terhadap perkhidmatan kami.
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan.
Soal selidik boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera dalam poster atau melalui pautan berikut;
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


