Pengumuman Daripada: Pusat Alumni

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Pusat Alumni Siri 1/2026 bagi mendapatkan maklum balas berhubung kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, alumni, warga universiti dan pemegang taruh yang berurusan dengan Pusat Alumni.
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi borang kajian ini dengan mengimbas kod Qr atau melalui pautan berikut:
Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan:
https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=ALUMNI&id=103
https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=ALUMNI&id=103
Maklum balas yang diberikan amat penting bagi membantu Pusat Alumni menilai tahap keberkesanan perkhidmatan semasa serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, mesra pelanggan dan berkualiti pada masa hadapan.
Segala kerjasama, perhatian dan sokongan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


