Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth II akan menganjurkan:
📌 KEMPEN DERMA DARAH PUSAT ISLAM UMS BIL. 1/2026
🗓 Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
🕙 Masa: 10.00 Pagi – 2.00 Petang
📍 Tempat: Masjid UMS
Program ini dianjurkan bagi membantu menambah bekalan darah negara serta memberi peluang kepada warga UMS dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Antara syarat penderma yang dibenarkan:
✅ Sihat tubuh badan
✅ Berumur 18 hingga 60 tahun
✅ Berat badan 45kg ke atas
✅ Tidak mengambil antibiotik
✅ Tidak mengandung dan kedatangan haid
✅ Mempunyai tidur melebihi 5 jam
💉 “Setitis Darah, Sejuta Harapan”


