Pengumuman Daripada: Unit Infak, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) mengajak seluruh warga UMS untuk bersama-sama menyertai Kempen Infak Dapur Rahmah melalui kaedah potongan gaji pada setiap bulan menerusi HR Online UMS. Sumbangan infak yang diberikan akan dimanfaatkan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program kebajikan dan penyediaan makanan, antaranya:
🍽️ Program Iftar (Berbuka Puasa) sepanjang bulan Ramadan
🌙 Iftar (Berbuka Puasa) setiap Isnin dan Khamis
🎟️ Kupon makanan percuma bagi aktiviti masjid
🥘 Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
☕ Sarapan pagi percuma setiap Jumaat dan Minggu Peperiksaan
🎁 Pek makanan percuma
📲 CARA MENYUMBANG MELALUI HR ONLINE UMS:
HR Online → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
🤲 Jom Berinfak. Berkongsi rezeki, menyemai keberkatan.
📞 Hotline Pusat Islam UMS:
088-230624
#UMSShare
#UMSBrainOfBorneo


