Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

✨ KEMPEN INFAK HELWA ✨
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Infak bukan sekadar memberi, tetapi satu pelaburan akhirat yang berpanjangan. Sehubungan dengan itu, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan menjemput seluruh warga UMS untuk bersama-sama menyumbang melalui Infak HELWA yang dilaksanakan secara potongan gaji melalui sistem HR Online UMS.
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
? Kelas Mengaji Kakitangan UMS dan Orang Awam
? Kelas Mengaji Pelajar UMS
? Program Kerohanian Wanita
? Bengkel Kelas dan Tajwid
? Program Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran
? Pembelian Al-Quran, Iqra’, buku tajwid serta rehal
? Program Pembangunan dan Kemahiran Wanita
“Setiap pagi dua malaikat turun; salah satunya berdoa: Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berinfak..-HR al-Bukhari & Muslim"
? Cara Menyumbang:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Mengaji HELWA
? Sebarang pertanyaan:
Hotline Pusat Islam UMS: 088-320624
#JomInfak
#InfakHelwa
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare


