Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

✨ *KEMPEN INFAK, SAHAM AKHIRAT*✨
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Marilah kita bersama-sama merebut peluang menanam saham akhirat yang tidak pernah rugi. Bersempena dengan Kempen Infak Saham Akhirat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan penuh rasa rendah hati menjemput seluruh warga UMS serta masyarakat awam untuk turut sama menyumbang ke arah pembangunan dan pengimarahan Masjid UMS.
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
🕌 Keperluan infrastruktur projek naik taraf Masjid UMS
🕌 Pembinaan dan pembaikan fasiliti masjid
🕌 Penganjuran pelbagai aktiviti dan program berkaitan masjid
🌸_Sedikit Pemberian, Besar Ganjaran di Akhirat_
💻 Cara Menyumbang:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Saham Akhirat
📞 Sebarang pertanyaan:
Hotline Pusat Islam UMS: 088-320624
#JomInfak
#InfakSahamAkhirat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare


