Utamakan keselamatan diri, rakan sejawat, dan keluarga.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Berikut adalah panduan ringkas keselamatan elektrik di tempat kerja bagi aktiviti dalam dan luar bangunan:
🏢 Ruang Dalaman (Indoor): 📌 Elak 'Daisy Chaining': Jangan guna adapter berlebihan untuk elak haba melampau.
📌 Periksa Kabel: Pastikan penebat wayar sempurna dan tiada pengalir terdedah.
📌 Zon Kering: Jarakkan soket daripada sumber air bagi elak litar pintas.
📌 Personel Bertauliah: Penyelenggaraan panel elektrik wajib dilakukan oleh pemegang Sijil Kekompetenan sahaja.
🌳 Ruang Terbuka (Outdoor): 📌 Cantasan laluan elektrik sebelum memotong dahan pokok.
📌 Zon Bebas Riadah: Jarakkan kawasan sukan daripada talian voltan tinggi.
📌 Zon 3 Meter: Kekalkan jarak minimum 3 meter dari kabel talian atas (overhead).
📌 Imbasan Kabel Bawah Tanah: Lakukan imbasan (cable detection) sebelum menggerudi atau menggali.
💡 Manfaat Utama: ✅ Elak renjatan elektrik, litar pintas, dan kebakaran. ✅ Mencegah risiko tersembunyi seperti kabel bawah tanah dan lonjakan arka. ✅ Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan mematuhi undang-undang.
📜 Rujukan & Standard: AKKP 1994 (Akta 514), Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Sumber: DOSH / JKKP Malaysia & ST Malaysia (COSHA SIRI: 5/2026).