Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melepasi fasa penilaian kedua dan seterusnya terpilih untuk menjalani Audit Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 bagi Kategori Majikan Cemerlang Pengurusan Perjalanan Selamat.
Audit ini akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) serta akan dihadiri oleh lima (5) orang auditor yang terdiri daripada wakil PERKESO, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Sehubungan dengan itu, seluruh warga UMS dimohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit berlangsung serta terus mengamalkan budaya kerja yang selamat, mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan membudayakan amalan Pengurusan Perjalanan Selamat (Road Traffic Safety Management) di kampus.


