Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menerima kunjungan pasukan juruaudit bagi pelaksanaan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS) ISO 39001:2012 bagi Tahun 2026.

Pelaksanaan audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan terhadap keperluan kedua-dua standard, keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan serta komitmen UMS terhadap usaha penambahbaikan berterusan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta keselamatan trafik jalan raya.
 
Sehubungan itu, seluruh warga UMS, khususnya Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB), dimohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit berlangsung. Semua pihak juga disarankan untuk memastikan amalan kerja selamat sentiasa dipatuhi, persekitaran kerja berada dalam keadaan selamat dan teratur serta maklumat dan rekod berkaitan sistem pengurusan disediakan sekiranya diperlukan semasa sesi pengauditan.
 
Kerjasama dan komitmen seluruh warga UMS amat penting dalam memastikan kelancaran proses audit, di samping memperkukuh pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta keselamatan trafik jalan raya secara menyeluruh di universiti.
 
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tanggungjawab Bersama.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda