Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH KRITIKAL 2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Kritikal 2026 seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 19 November 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Seminar, Pusat Islam UMS
🔗 Borang Penyertaan: https://forms.cloud.microsoft/r/15isAHNZLF
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk menyertai kursus ini bagi menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan jenazah dalam situasi kritikal.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: 📞 011-3734 1337
Kerjasama dan penyertaan daripada semua warga UMS amatlah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.


