Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

Assalamualaikum & salam sejahtera,
KURSUS PROFESIONAL EKSEKUTIF HALAL SIRI 4/2026
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), FSMP, UMS akan mengadakan Kursus Profesional Eksekutif Halal Siri 4/2026 pada 3 hingga 13 November 2026 (10 hari kecuali hari Sabtu). Dilampirkan poster kursus untuk rujukan selanjutnya.
Sekiranya berminat, Tuan/Puan boleh mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Kod yang dilampirkan dalam poster atau mengisi borang melalui pautan yang disediakan (Pautan: https://forms.office.com/r/BZZvYWFALG)
Untuk mengetahui lebih lanjut program anjuran PPPH, hubungi 0149323152 (Admin PPPH)


