Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

Tarikh Mula: 21 April 2026 Sehingga 30 April 2026
Kawasan Jalan Yang Terlibat: Bulatan KKTPAR Sehingga Simpang Keluar (Rujuk Lampiran)
Tarikh Muat Naik: 20 April 2026
Adalah dimaklumkan bahawa kerja penyelenggaraan jalan di Jalan Banjaran (Bulatan KKTPAR sehingga simpang keluar Jalan Utama) akan dilaksanakan. Bagi menjamin keselamatan pengguna jalan dan melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi segala arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini . Segala kesulitan amat dikesali.


