Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Penyelidikan UMS ( APUMS ) 2026 akan dianjurkan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 25 September 2026 ( Jumaat )
Masa : 7.00 malam
Tempat : Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.
Majlis Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) adalah acara tahunan yang dianjurkan setiap tahun. Antara objektif APUMS adalah yang sebagai wadah untuk menghargai pencapaian serta sumbangan para penyelidik Universiti Malaysia Sabah. Penganjuran APUMS bukan sahaja menjadi acara untuk meraikan kecemerlangan, malah turut mencerminkan kesungguhan UMS dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan penghasilan ilmu yang berkualiti.
Antara senarai Anugerah yang akan dimenangi oleh para penyelidik adalah;
|
Anugerah Khas Tun Canselor
|
|
APC Penyelidik Malim (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
APC Penyelidik Malim (Kategori Sains Sosial)
|
|
APC Penyelidik Ekspatriat
|
|
APC Penyelidik (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
APC Penyelidik (Kategori Sains Sosial)
|
|
APC Penyelidik Muda (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
APC Penyelidik Muda (Kategori Sains Sosial)
|
|
Anugerah Sitasi Tertinggi Dalam Penerbitan Jurnal Berindeks Scopus (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
Anugerah Sitasi Tertinggi Dalam Penerbitan Jurnal Berindeks Scopus (Kategori Sains Sosial)
|
|
Anugerah Pencapaian MyRA Peringkat FAPI 5 Bintang
|
|
Anugerah Pencapaian MyRA Peringkat FAPI 6 Bintang
|
|
Anugerah 10 Penyumbang Tertinggi MyRA UMS (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
Anugerah 10 Penyumbang Tertinggi MyRA UMS (Kategori Sains Sosial)
|
|
Anugerah Penyumbang Tertinggi Artikel Berimpak (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
Anugerah Penyumbang Tertinggi Artikel Berimpak (Kategori Sains Sosial)
|
|
Anugerah Penerimaan Geran Penyelidikan Luar Tertinggi (Kategori Sains & Teknologi)
|
|
Anugerah Penerimaan Geran Penyelidikan Luar Tertinggi (Kategori Sains Sosial)
|
|
Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus MyRA
|
Majlis ini akan disempurnakan oleh,
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang DiPertua Negeri Sabah, merangkap Canselor Universiti Malaysia Sabah.


