Pengumuman Daripada: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan

Assalammualaikum wbt. dan Salam sejahtera YBhg. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Perdana, Universiti Malaysia Sabah oleh Profesor Dr. Lay Yoon Fah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 23 Februari 2026 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Bankuasi, Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah
3. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan Akademik dan Penyelidik di UMS adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini.
Kehadiran YBhg. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.


