Select your language

Language

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera warga UMS,
 
Merujuk kepada Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2023, berikut adalah ketetapan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 2026 untuk kakitangan UMS beragama Islam di Sabah & WP Labuan:
 
⏰ WAKTU BEKERJA (Isnin - Jumaat):
* Waktu Masuk: 7.30 pagi – 9.00 pagi
* ⁠Waktu Pulang: 4.00 petang – 5.30 petang (Tertakluk kepada pemenuhan tempoh waktu bekerja sehari)
 
🍽️ WAKTU REHAT:
* Isnin - Khamis: 1.00 tengah hari – 1.30 tengah hari
* ⁠Jumaat: 11.45 pagi – 1.45 tengah hari
 
📌 NOTA PENTING:
* Hanya terpakai bagi kakitangan beragama Islam yang mengikuti Waktu Bekerja Fleksi (WBF) sahaja.
* ⁠Tidak terpakai bagi staf WBFA, Waktu Bekerja Syif, atau yang telah diluluskan Kebenaran Pulang Awal Sejam (Pegawai Wanita Mengandung).
* ⁠Pelepasan Separuh Hari: Bermula jam 2.00 petang pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri (kecuali jika raya jatuh pada hari Ahad).
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sektor Perkhidmatan di talian 088-329 068 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 🐫🕌☪️
 
#UMStheBRAINofBORNEO #CekapCepatTepat
 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Select your language