Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 
‼️MAKLUMAN RASMI: PENAFIAN PENULARAN IKLAN JAWATAN KOSONG
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil maklum berkaitan penularan beberapa iklan kekosongan jawatan mengaitkan UMS di platform media sosial dan aplikasi perhubungan awam.
 
Pihak UMS dengan ini mengesahkan bahawa iklan-iklan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan atau disahkan oleh pihak UMS.
 
Sehubungan dengan itu, orang awam dipohon untuk berwaspada dan sentiasa merujuk kepada saluran serta portal rasmi UMS bagi sebarang pengesahan berhubung maklumat dan hebahan jawatan kosong yang terkini.
 
Kerjasama semua pihak dalam hal ini amatlah dihargai.
 
Sebarang pengumuman/iklan jawatan hanya akan dikongsikan melalui saluran rasmi UMS:
Portal eJobs UMS - https://ejobs.ums.edu.my atau saluran rasmi Jabatan/Akademi/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian UMS.
 
Portal Rasmi - https://www.ums.edu.my 
 
#UMSTheBrainofBorneo
#UniversitiMalaysiaSabah
#UMS
#umsbertekadcemerlang

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda