Pilih bahasa anda

Language

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 
MAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN PEROLEHAN TAHUN 2026
 
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
 
Bersama ini dimajukan makluman tarikh akhir permohonan perolehan bagi tahun 2026 selaras dengan Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2026: Panduan Penutupan Akaun di Pusat Tanggungjawab bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2026 yang telah dikeluarkan oleh Sektor Governan dan Kawalan, Jabatan Bendahari pada 15 Julai 2026 (Rabu) seperti berikut:-
 
🗓️ Tender - 31 Julai 2026 (Jumaat)
🗓️ Sebut Harga - 28 Ogos 2026 (Jumaat)
🗓️ Pembelian Terus / Lantikan Terus - 6 November 2026 (Jumaat)
 
📲 Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
 
Semua PTJ adalah dipohon untuk merancang dan mengemukakan permohonan perolehan mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan proses perolehan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mematuhi garis panduan penutupan akaun kewangan Universiti.
 
Kerjasama semua PTJ  dalam mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan amatlah dihargai. Terima kasih.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Perolehan, 
Jabatan Bendahari, UMS
 
📧 Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
☎️ 088-320000 samb. 200516 / 088-320516
 
Tarikh hebahan: 22 Julai 2026 (Rabu)

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda