Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

Dimaklumkan bahawa telah berlaku Gangguan Bekalan Air Tidak Terancang di Kampus Induk UMS berikutan paras air di Tangki R13 (Milik JANS) berada pada paras 0 Meter sejak pagi ini.
Gangguan bekalan air ini akan mengganggu keseluruhan operasi, pengajaran dan pembelajaran di Kampus Induk UMS.
Justeru itu, semua warga kampus dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sehingga bekalan kembali pulih.
Mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.


